Tuesday 9 January 2018

Nota Ceramah Shamsul Debat - "Sukarnya Menangis"

Nabi ﷺ terdengar bunyi yang sangat kuat. Rupa²nya bunyi api neraka. Semakin dekat & dekat. Kuat betul bunyi walau jaraknya sejauh 500 tahun perjalanan. Jibril datang & minta Nabi siramkan air pada api itu lalu api itu pergi.
"Air apa ni Jibril?" tanya Nabi.
"Inilah air mata umatmu yang derhaka namun menangis kerana Allah."
Dalam satu kisah seorang hamba setelah dihisab, didapati kejahatannya lebih berat maka diputuskan ke neraka.
Salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, RasulMu ﷺ telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."
Si fulan diampunkan Allah lalu masuklah dia ke dalam syurga.

(Lihat kupasan lanjut Kitab Mukasyafatul Qulub Imam Ghazali bab Menangis kerana Allah.)
Jangan menangis kerana manusia di dunia. Rugi. Lebih teruk jangan meraung di Mahsyar nanti kerana ramai yang menangis menyesal hingga boleh berlayar perahu di atas lautan air mata itu.
Dalam pelayaran yang saya ikuti tahun lepas. Besarnya kapal yang punya 8 tingkat dengan lebih 800 bilik hingga gayat sungguh saya mendongak dari bawah. Besar & tinggi. Yang paling menarik ketika matahari naik selepas kami solat, barulah terasa masa tu kapal tu kecilll sangat. Lautan kelihatan luas. Seluas²nya. Kerdil sungguh rasa, Subhanallah!
Kata Ustaz Muhadir Hj Joll ketika tu:-
"Jika dosa kita sebesar kapal ini, sedarlah pengampunan Allah umpama seluas lautan di sekeliling kita ini."
Istighfarlah sebanyak²nya minta ampun. Antara 7 sunnah terbesar Nabi ﷺ yang tak pernah Baginda tinggal setiap hari. Moga mata & setiap inci tubuh kita dapat menjadi saksi kelak di depanNya, yang kita pernah menangis kerana DIA.
Atau sekurang²nya, menangislah pada mata yang sukar menangis. 😥
*نستغفر الله العظيم*
*نستغفر الله العظيم*
*نستغفر الله العظيم*
*Petikan dari ceramah Ustaz Syamsul Debat*
Perincian nota ustaz 

#NotaSazahMumtaz
Sukarnya menangis 

No comments:

Post a Comment