Friday 5 January 2018

Catatan 05012017 lagi - Bff Layla

Dari semalam lagi teringat point ni bila anak dara balik bercerita.
Hari pertama ke sekolah agama agak mendung rupa parasnya. Yalah. Sekolah baru. Kawan2 semua tak kenal. Jadi bila saya dan suami temankan, kami sempat jumpa 2 3 budak lain dan minta budak2 ni jadi kawan si Layla, anak ke-3 saya.

"Awak nama apa? Kawan dengan anak achik ye." :-)

Dan hari ini, 4 Januari 2018.

Layla: Seronoklah umi, Layla dah ada kawan baik. Nama dia Anis.

Umi: Alhamdulillah. Seronok umi dengaq.

Layla: Tapi kan umi ada sorang budak ni kan Layla tak suka. Sebab dia suka mencarut.

Umi: Ha? Mencarut?



Layla: Ha la. Dia cakap B***H dengan B**I. Eei Layla tak suka la dengaq. Layla kata kat Anis, kalau kamu nak jadi kawan baik kita, kamu tak boleh mencarut macam dia tu.

Umi: Bagus. Tapi dah lama sikit nanti Layla teguq la jugak budak tu. Bagi tau dia..mak saya kata....

Layla: Eh Layla tak cakap saya. Kami.

Umi: Oh. Cakap la kat dia "Mak kami kata..mencarut tu berdosa. Allah tak suka."

Layla: Ok umi. Nanti Layla bagi tau.

Umi: Kesian kat budak tu. Dari mana la dia dengaq kan...


Dan hari ini saya masih teringat2 perbualan dengan si anak ini. Lebih kepada teringatkan budak yang diceritakan Layla itu. Dalam usia 8 tahun manalah dia tahu sangat apa makna 2 benda tu. Disebut2 mungkin dibiasakan di sekelilingnya menyebutnya. Kalaulah dia dan orang sekeliling tahu setiap kata itu doa mungkin tak jadi macam tu.

Teringat saya mengendalikan beberapa klien. Ada yang terpaksa membawa anak2. Kadang penuh beremosi bercerita dengan mengeluarkan apa yang terlintas di hati dan minda. Bila ada kata2 yang tak elok disebut. Saya bingkas memotong. "Maaf Puan, kalau boleh saya tak nak ada benda negatif didengar anak2. Tak elok. Dia sedang belajaq sebenaqnya."

Dan jikalah mereka tahu penemuan sains seorang Prof Jepun berkenaan kesan kata pada molekul air, pasti mereka tidak menyebutnya juga. Semakin banyak perkataan negatif disebut semakin teruk bentuk air dalam tubuhnya yang akhirnya menjadikan diri tidak tenang,  Sebaliknya lisan yang sentiasa menyebut yang baik2 dan positif menghasilkan molekul air yang indah dan cantik dalam tubuh seterusnya  menyumbang kepada emosi seronok dan tenang.

Dan teringat saya ada rawatan Islam yang gunakan Air Kolah masjid sebagai asbab penawar. Bila difikirkan kaitan dengan penemuan Prof itu, betullah kan. Sekurang2nya 5x sehari diazankan air itu dengan kuat sekali. Selain dialunkan ayat2 suci al-Quran. Mungkin sebab itu juga kita bertawassul dengan air2 yang dibacakan ayat2 suci alQuran dan zikir.

Jadi ibu bapa terutamanya. Awasilah lidah dan setiap tingkah laku kita.

Itulah "GURU" terbesar pada anak-anak yang sedang membesar.


No comments:

Post a Comment