Friday 5 January 2018

Catatan 05012018

Jem 05012018

Fuh 2jam!

Itulah tempoh masa saya sampai ke pejabat pagi ini.
Lapar, pening, rasa nak marah jugak sikit. Walau dah macam2 zikir pasang. Hehe
Itulah lemahnya manusia. Baru diuji sikit dah tak tentu arah.
Padahal nak marah pada siapa?
Lambat sebab jem. Jem sebab hujan. Kenderaan jadi banyak dari biasa.
Jadi nak marah pada hujan ke apa? Hujan siapa yang turunkan? Nak marah pada Tuhan?

Astaghfirullah.

Secantik mana pun perancangan kita. Keluar rumah awal pun tapi kalau Allah tak izin. Tak jadi juga.
Allah sedang komunikasi dengan kita bahasawanya kita ni hamba yang hanya mampu rancang. Outcomenya dia yang tentukan. 

Yang penting apa 'ibrah di sebalik apa yang jadi kita boleh ambil. Apa yang Allah sedang nak bagi tahu kita sebenarnya. Sebab setiap hari ada ja benda atau perkara yang Allah sedang berkomunikasi dengan kita. 

Yang saya nampak hari ni hikmah hujan. Hebatnya hujan ni bukan sekadar air yang diturun dari langit membasahi bumi, menghidupkan segala yang perlu dan mahu tapi banyak lagi. Kalau rajin cubalah belek2 dalam alQuran tu. Banyak terjemahan ayat bermaksud hujan tapi kalimah Arab yang Allah guna banyak istilah. Setiap satu tu ada makna yang lain dan beza sikit. Dan tidak semestinya maksud hujan. Ada yang membawa maksud Azab. Cuba baca artikel ni. --> Kalimah yang digunakan al-Quran untuk Hujan

Hebat kan?


Sepanjang perjalanan juga saya membayangkan. Kalaulah dosa2 yang ada dapat bertukar jadi hujan, sebanyak yang turun itlah agaknya dosa aku. Malah lebih lagi. Allah ampun ke tak satu hal. Kita dah habis taubat ke tak yang tu lagi penting. Dari zaman muda belia, zaman jahiliyah hingga ke tak berapa jahiliyah tapi buat2 jahiliyah. Allah...entah banyak mana la pahala yang tinggal. Dengan amalan pun tak banyak. 

Pun begitu. Kena selalu ingat. Sebanyak dan sebesar mana pun dosa. Pengampunan Allah lagi banyak dan besar. Tapi ni bukan syarat yang kita boleh terus menerus buat dosa. 'Alah... nanti Allah ampunlah.' Tak. Buatnya tak dan mintak ampun dan kena ampun. Macam mana?

Maka dalam mengendali nafsu kita yang macam2 jenis ni - Lawwamah, Mutmainnah, Ammarah atau kalau nak detail lagi ada sampai 7. Tu belum lagi bisikan syaitan, manusia agen2 syaitan, dajjal akhir zaman. Jadi banyaklah senjata kena guna nak hadap dan tepis. Senjata ibadat ni lah yang kita kena upgrade selalu. Dengan apa? Tak lain tak bukan dengan ILMU. Dengan GURU. Dengan BUKU. 



Jadi dah tak boleh nak keluar dari jem tu. Cubalah bayangkan setiap titik hujan itu umpama dosa sendiri. Istighfar dan minta ampunlah sebanyak2 nya. Moga rahmat dan keampunan sebanyak itulah juga akan memadam dan menghapuskan dosa2 kita.

Dengan terapi macam ni, tekanan dalam jem tu mungkin berkurang lah sikit dan direzekikan ketenangan. Rezeki yang semakin hilang hari ini.


No comments:

Post a Comment