Friday 7 October 2016

Tips Ceramah oleh Ustaz Khalil Razak

Ada sorang kawan motivator saya ni tanya.. "Ak pelik la lil.. Macamana budak2 boleh tercengang n tiba2 budak2 cikgu2 nangis dengar ko cakap.. Ko bukan ada aktiviti pon.. Tepuk2 pun xde.. Cakap pakai mic jee.. Slide pun xada.. Bukan sekali ak ikut ko..setiap kali ko ceramah macam tu lah respon budak2 cikgu2 ak tengok.. Share laa sikit.. Ak nak belajar.."
Saya jawab "Astaghfirullah.. Xdelah bro.. Mana ada sampai macam tu.. Ak tak tau laa.. Semua milik Allah.. Segala puji bagi Allah.. Setiap orang ada kelebihan.. Ko ada kelebihan yg ak x leh buat.. Ak kalau buat aktiviti, ldk memang failed.. Ak pun heran macamana ko leh handle game.. Hebat ko.."

"Tapi bila ko tanya ak macam tu.. Aku tiba2 teringat sorang Dr ni.. Ak lupa la nama dia.. Dia pensyarah di Jitra.. Janggut dia panjang.. Ak suka tengok janggut dia..masa ak belajar dakwah di merbuk kedah.. Ak kena bagi ceramah lepas maghrib.. Masa tu umur ak 19 tahun.. Dia ada duduk dalam ceramah ak masa tu.. Walaupun dia pensyarah.. Dia duduk depan sekali masa ak bagi ceramah.. Dia tengok muka ak sampai habis.. Ak pun heran..besok nya.. Dia pulak kena bagi ceramah lepas maghrib.. Bila dia start je ceramah orang semua mara ke depan.. Duduk rapat walaupun x disuruh.. Uihh ak kata dalam hati luar biasa ni.. Suara dia lembut jee.. Saya nangis dengar ceramah dia pasal kasih syg Allah.. Tak tahan.. Air mata keluar laju.. Habis ceramah aku jumpa dia tanya macamana nak orang dengar ceramah kita dengan penuh perhatian sampai habis? Saya tengok ramai orang nangis bila dengar ceramah dr..?"
Dia bagitau saya sambil pegang tangan saya.. "halil... Sebenarnya siapa2 pun cakap kat depan kita kena dengar dengan penuh perhatian.. Cuba untuk duduk depan sekali dan tengok muka penceramah tu.. Bila kita dengar nasihat orang dengan penuh perhatian.. Allah akan buat orang lain dengar dengan penuh perhatian dalam ceramah kita..." Dalam hati saya kata "patutlahh.. Dia duduk depan sekali dan tengok muka saya masa saya ceramah pdahal saya budak lagi..yaAllah sifatnya Dr ni..."
Saya tanya lagi "Dr nasihat saya lagi...boleh?"
"Halil.. Kalau kita nak ceramah kita bagi kesan pda orang lain.. Jangan sesekali cakap untuk tuju pda Orang lain.. Tapi tujulah pada hati sendiri.. Sentiasa bisik kat hati kita.. Wahai khalil,, kamu yg perlu nasihat ni.. Bukan orang.. Bila kita cakap untuk orang lain.. Orang lain tak akan terkesan.. Bahkan diri kita semakin rosak sebab akan hadir perasaan saya bagus.. Saya hebat.. Saya penceramah.. Tanpa kita sedar yg kita dsripada setitis air mani je..." Saya terus nangis.. YaAllah ampunilah saya....
"Halil.. Sentiasalah niat belajar dengan apa saje yg kita buat.. Kalau kita silap.. Allah maafkan kita.. Tapi kalau kita niat nak ajar orang.. Kita hebat.. Orang lain teruk.. Saya baik.. Kalau kita salah dalam percakapan dan pekerjaan kita.. Allah azab kita.. Sampai bila kita nak niat belajar ni? Sampai mati halil..awak doakan sya ya halil..." Saya lagi kuat nangis.. Lembutnyaa nasihat Dr ni...
Saya kata kat kawan motivator tu.."Sampai sekarang ak amalkan apa yg dr tu nasihat ak.. Sampai sekarang ak ingat nasihat lembut dia pada ak.. Kadang2 orang penceramah macam kita kena banyak muhasabah menangis sorang2 malam2.. Minta Allah ampunkan kita.. Kadang2 kita ckap kat orang pandai.. Tapi kita tak amal apa yg kita cakap... YaAllah.. Berdosanya saya..."
YaAllah maafkanlah kami.. Bagilah kami taufik untuk bercakap apa yang kau suka untuk kami bercakap.. YaAllah kau jngan lah izinkan kami bercakap perkara yg kau x suka kami bercakap.. YaAllah maafkan kami.. Kadang2 kami rasa kami lebih baik dripda pelajar2 di hadapan kami.. YaAllah padahal mereka lebih baik daripada kami jika kau bagi hidayah pada mereka.. YaAllah maafkan kami..
Share dan tag pada rakan2 guru, motivator dan trainer supaya kita sama2 muhasabah diri kita betapa pentingnya niat belajar dan rasa pelajar di hadapan kita lebih baik daripada kita..
Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak
Program Sahsiah, kepimpinan, Solat, dan Motivasi Pelajar Sekolah Seluruh Malaysia dan Program Kem Motivasi Personal 1 to 1 Heart to Heart dengan anak kita yang perlu disentuh hatinya untuk berubah boleh hubungi 0137791637 (call@whatsapp)

No comments:

Post a Comment