Friday 7 October 2016

Tambah Khusyuk Solat

💠SOLAT💠
Solat wajib 5x sehari hanyalah "modal". Kalau cukup sempurna sekalipun, kita hanya "pulangkan modal". Untung belum tentu lagi. Entah-entah rugi. Nak 'top up' dan untung lebih dengan Allah kena banyak tambah yang sunat.
Antara tips sempurnakan solat menurut Imam al-Ghazali:-  Hadirkan Hati (حضور القلب ). Antara caranya.....
👉Tetapkan minda: Buang semua yang mengganggu
Nabi kata, kalau kamu solat, makanan dah siap. Terbau2 ikan masin. Makan dulu. Agar tak terburu2.

👉Cipta 'mood' solat
Seperti atlit. Sebelum mula main, banyakkan 'warm up.' Psikologi sukan, 2 minit sebelum game, waktu kritikal. Motivasi diri sendiri sebelum mula servis yang pertama.
Sama seperti solat, warm up dulu dengan solat sunat wudhu', tahiyatul masjid, sunat qabliah & sebagainya. Atau baca 3 Qul, tasbih dll...
👉Kawal Pernafasan
Kajian - tarik nafas tahan 8 saat, lepas perlahan2 boleh merehatkan otak.
Cara: Sebelum dan semasa mula doa iftitah, alfatihah, ayat demi ayat, bernafaslah begitu. Sebelum ruku', sujud juga. Ini sangat beri kesan pada khusyu'. Koho-koho deh!
InsyaAllah solat akan terasa manis, nikmat dan teramat lazat!
🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸
Dr Farid Shahran- Segmen Pendidikan @ikim.fm & Slot Cinta Ilmu 'Sifat orang munafik - Malas Solat' - Dato' Badlishah @tvalHijrah
#MsNoteSharing 13092016

No comments:

Post a Comment