Friday 7 October 2016

Nota Maal Hijrah Penang 1438H



Sunnah Paling Besar adalah SIFAT NABI sendiri:-
 Jadilah orang yang sentiasa benar, jujur, buat kerja betul-betul, sungguh-sungguh. ( SIDDIQ )

 Jadilah orang yang bijak, kuasai dan seimbangkan ilmu2 Allah dunia dan akhirat. ( FATONAH )
 Jadilah orang yang membesarkan tanggungjawab. Kata anak saya, contoh macam kalau kawan baik kakak buat bising dalam kelas, tetap kena tulis nama. ( AMANAH )
 Jadilah orang yang sentiasa Menyampaikan. Di atas kapasiti sebagai apa pun. Motivator, pendakwah, guru, jurutera, doktor malah pengurus rumahtangga. Bermodalkan sistem komunikasi. Sampaikan kebaikan walau sedikit. Bil hal, bil lisan, bil kitabah. ( TABLIGH )
Ayuh pasakkan Sunnah-sunnah ini dalam azam hijrah kita.
Lillahi Taala.
Ustaz Sifu Hanafi #MaalHijrahPenang 1 Muharram 1438h





No comments:

Post a Comment